Aku hanyalah insan yang mendapat 7A dalam PMR. Tp aku memang minat nak jadi Saintis Chemistry..
dengan semangat yang kuat aku ambil aliran Sains Agama.. aku dikelilingi oleh pelajar2 yang dapat 9A dalam PMR. aku mula2 takut, takut sangat. takut dipandang rendah dan dihina kawan sendiri..mak lah pendorong aku selama ini., mak kata :"Hidup kita bagaikan roda, sekejap diatas sekejap dibawah. Tp usaha dan tawakal lah yang menentukan kedudukan kita.. Allah menguji hambanya kerana Allah sayangkan kita.. Tak bermakna kita perlu putus asa dengan apa yang terjadi sebaliknya kita perlulah bermohon pada Allah supaya nasib kita boleh berubah.. Allah beri kita ujian bermakna Allah amatlah merindui rintihan dan air mata kita untuk bermohon dan berharap kepadanya kerana kita sebagai manusia hanya bergantung kepadanya 95%"
"Tapi anak mak yang seorang ini, waktu PMR dapat 7A bukan bermakna dia BODOH atau berhak dihina..
Tapi Allah suruh kita usaha lagi sebaik mungkin untuk SPM nanti.."
"sebagai seorang ibu, mak selalu doakan kejayaan anak2 mak dunia dan akhirat. mak nak tengok cita2 anak mak jadi kenyataan, jadi orang pandai, berguna pada masa hadapan.. kita bukannye orang senang. nnti kalau ank mak dah berjaya bolehlah ubah nasib keluarga kita.. ye? BELAJAR RAJIN-RAJIN ye"
Aku pegang semua kata-kata emak.. ! MAK TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA!
dan inilah keputusan aku:
85-A
tapi bukan aku tak puas hati.. aku dah bersyukur dengan keputusan nie and i want to improve myself!
nak A+ plak.. Insya-Allah.. :)
yeah like ! A+ for SPM :)

No comments:
Post a Comment